Sunday, April 15, 2012

Muhrim VS Mahram ?

assalamualaikum wbt...
hye kiroro my blog and sesiapa yg membaca~

nak kongsi ilmu sikit ni...

mungkin ramai lagi x tahu beza antara muhrim dgn mahram kan..

Sering  kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas.

  Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.

Muhrim ialah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
 Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

 Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, ayah kita,bapa saudara kita dan lain-lain.
 
 Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu
 menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim. 

 Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.


sy dpt ilmu ni drpd : halaqah.net and kak farah 
 
kalau x percaya, boleh check sendiri jugak ye :)

No comments: