Salam bloggers.
jom join prog volunteer this weekend.
sy join insyaAllah,,
xjadi pegi yg jd fasilitator for org2 asli kat gapoi this week...
so ini info2 lanjut ye. sy copy and paste dr email YYSN SALAM to me. :
SIGAS kembali lagi dengan program seterusnya!
PROGRAM QUA-QUA...bunyi macam pelik bukan..so sesiapa yg nak tau dgn lebih lanjut, jom sertai kami!!
Nama Program : Program Qua-qua (usahasama Lembaga Urus Air Selangor)
Tarikh : 11 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Impian Rimba Resort Hulu Langat
~OBJEKTIF PROGRAM~
1. Menambahkan pengetahuan di kalangan sukarelawan tentang cara-cara memantau kualiti air sungai.
2. Meningkatkan kesedaran kepada sukarelawan betapa pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar terutamanya persekitaran sungai dan sumber air.
3. Meningkatkan sikap ambil tahu dan ambil peduli di kalangan sukarelawan tentang kepentingan kualiti dan kuantiti sumber air.
~KAEDAH / PRAKTIKAL~
Terdapat 3 kaedah yang biasa digunakan untuk memeriksa keadaan kualiti air sungai iaitu pemerhatian secara fizikal, pemantauan melalui ujian kimia dan menggunakan petunjuk biologi.
1. Pemerhatian secara fizikal.
Sifat fizikal sungai akan menggambarkan kualiti sungai secara amnya. Keadaan sungai yang baik biasanya mempunyai tumbuhan riparian, air yang jernih dan pelbagai hidupan akuatik. Di antara sifat fizikal untuk kualiti air ialah kejernihan, warna, bau, aktiviti guna tanah, punca dan jenis sungai, tumbuhan riparian (contoh: alga, rumput), hidupan akuatik (contoh: ikan, udang), dan parameter lain seperti lebar sungai, kedalaman, kadar alir, lencongan hakisan dan kewujudan sampah sarap.
2. Pemantauan dengan Ujian Kimia.
Ujian kimia digunakan dalam menganalisis kualiti sumber air. Ianya sangat berguna untuk menentukan punca pencemaran dan jenis bahan pencemar. Contohnya kepekatan nitrogen dan fosforus yang tinggi menunjukkan terdapat pencemaran dari kawasan pertanian yang berdekatan.
3. Pemantauan dengan Petunjuk Biologi.
Pemantauan dengan petunjuk biologi adalah kaedah di mana kualiti air sungai dinilai berdasarkan kehadiran organisma kehidupan di dalam air atau persekitarannya. Ia akan menunjukkan perubahan penting di dalam komposisi biologi akibat daripada aktiviti manusia. Secara amnya, kepelbagaian hidupan makro Invertebrata di dalam sungai akan menunjukkan tahap kualiti air tersebut di samping kesesuaiannya sebagai habitat semula jadi.
~INFO TAMBAHAN~
- Tiada bayaran dikenakan
- bergerak secara car pool
- berpakaian sukan (tshirt SALAM / biru)
- sijil penyertaan akan disediakan
~PENYERTAAN~
Sesiapa yg berminat bolehlah mendaftarkan diri (NAMA PENUH, NO IC, NO TELEFON, EMEL, BERKENDERAAN @ TIDAK) ke emel ni econature.explorace@gmail.com sebelum 10 Jun 2011.
Sebarang perubahan @ maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui emel nie ataupun FB SIG Alam Sekitar.
Sebarang pertanyaan @ kemusykilan bolehlah diajukan ke emel nie ataupun menghubungi Has (019-2071468).
Sekian, terima kasih.
~Has'z~
"Our Nature, Our Future"
No comments:
Post a Comment