Pelajaran Pertama.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Bukalah (ajarkanlah) anak-anak kamu kalimah pertama dengan la ilaaha illa Allah.” (Riwayat al-Hakim)
Kalimah tauhid adalah merupakan asas akidah dan prinsip tauhid dan iman. Rasulullah SAW memerintahkan kita agar memulakan hidup setiap anak dengan memperdengarkan kalimah tauhid menerusi laungan azan dan iqamah ke telinga mereka selepas dilahirkan.
Seperti diketahui, kanak-kanak adalah individu yang mudah diajar. Oleh itu anak-anak yang membesar dengan mendapat didikan agama yang cukup dan sempurna akan mudah dilentur. Mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara yang buruk apalagi ajaran-ajaran yang dibawa oleh golongan yang kufur dan sesat sekiranya ibu bapa tidak mengabaikan peranan dan kewajipan mereka. Jadi peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

No comments:
Post a Comment