Dari Abu Hurairah ra katanya, Nabi saw bersabda : “Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya”. (Muslim)
Sebagaimana kita semua maklum, tidur merupakan suatu kerehatan untuk tubuh manusia dan Islam menggalakkan kita mementingkan kesihatan demi menjamin kesegaran tubuh badan sepanjang hari. Namun begitu jangan pula kita terlajak tidur sehingga meninggalkan solat-solat yang wajib untuk kita tunaikan terutamanya solat Isya’ dan Subuh yang kebanyakan manusia seringkali lalai dan malas daripada mengerjakannya dek kerana terlalu mengantuk atau sayangkan tidur sehingga terlepas waktu.
Oleh itu setiap Muslim dianjurkan agar membaca doa setiap kali hendak tidur dan juga doa selepas bangun daripada tidur supaya dengan itu diri terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan yang sentiasa memujuk manusia agar lalai daripada mengerjakan perintah Allah SWT. Kita juga diajar oleh Rasulullah saw supaya membersihkan lubang hidung setelah bangun dari tidur sepertimana hadis di atas.
No comments:
Post a Comment