Sunday, November 14, 2010

HOT! 3 in 1 !

Salam ,hye Kiroro meine blog !
just back from Aerobic @taman gelora as usual with my mom.

so,what the 3 in 1?
3 news in 1 post la! HEHE. *dun angry yea...headline mmg kene kasik gempak cket..wakaka*

okay. nak HAPPY news ke BAD news dulu ?? *haha saje tnye even tau korg xsempat jwb punye...*
 it's up to me la kan actually.:P

then,let's read !

1) 3 kad merah 3 kali bolos


KAPTEN pasukan negara, Safiq Rahim dilayangkan kad merah kedua pada pertemuan dengan China, malam tadi. Malaysia tewas 3-0.

Malaysia tewas 3-0. MALAYSIA melangkah ke pusingan kedua bola sepak Sukan Asia Guangzhou 2010 sekalipun tewas kepada China 0-3 dalam perlawanan ketiga Kumpulan A di Stadium Tianhe, semalam yang penuh dramatik dengan tiga pemain negara dilayangkan kad merah.

Malaysia menepati sasaran - menamatkan penantian 32 tahun untuk ke pusingan kedua - selepas menjadi salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik, daripada enam kumpulan dengan tiga mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan, mengatasi Palestin dan Maldives yang memungut satu dan dua mata dalam kumpulan masing-masing.

Namun, permainan yang dijangka menarik pada awalnya, memihak kepada China pada minit ke-25 apabila tiga kad merah dilayangkan pengadil Ben Williams dari Australia kepada Mahalli Jasuli dan kapten, Safiq Rahim serta K Kunalan pada minit ke-80.
Situasi itu memaksa jurulatih K Rajagobal yang sudah pun kehilangan beberapa tonggak, tidak punya pilihan selain membuat pertukaran taktikal dengan memasukkan K Gurusamy bagi menggantikan Mohd Faizal Abu Bakar, Mohd Faizal Muhamad untuk Amar Rohidan pada babak pertama dan Izzaq Faris Ramlan dengan Norshahrul Idlan Talaha di babak kedua.

Saya kecewa dengan pengadilan. Dengan 10 pemain pun saya yakin kami mampu mengikat mereka tetapi tanpa dua pemain termasuk Safiq, dan kemudian Kunalan, tiada apa yang pemain mampu lakukan.

Namun saya puji sikap pemain muda kita yang tetap melawan. Bagi saya, pengadil merosakkan segala-galanya, kata Rajagobal yang mengakui tidak mengetahui Malaysia sudah layak ke pusingan kedua sebelum permainan itu bermula tetapi perlu memikir strategi terbaik untuk menghadapi juara Kumpulan B, Iran, di pusingan kedua, esok.

Dalam perlawanan di depan 25,000 penonton itu, China menguasai sepenuhnya permainan untuk mengembalikan sokongan peminatnya selepas kalah kepada Jepun tempoh hari, dengan mengasak seawal minit kedua apabila penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat terpaksa melayangkan badan untuk menafikan cubaan pertama tuan rumah.
Dengan corak permainan bertahan, China mengasak bertubi-tubi tetapi Khairul Fahmi sekali lagi menafikan tandukan Zhang Yuan pada minit ke-16 dengan peluang terbaik negara diperoleh daripada hantaran silang S Chanturu tetapi tiada rakan yang menyambar hinggalah insiden dua kad merah yang merencatkan terus permainan.

Namun pujian harus diberikan kepada semua pemain yang bekerja keras terutama Khairul Fahmi yang banyak menyelamatkan cubaan bahaya tuan rumah sebelum tertewas dengan tandukan Li Jianbin pada minit ke-62, sepakan percuma Zhao Hongiue (m65) dan penalti Zhang Linpeng (m81).


Senarai komen
paknuar
~Pngadil perlawanan dari Australia bukanlah pengadil yang bertaraf antarabangsa. Pengadil malaysia lebih hebat (Subhkidin )banyak keputusan yg masih boleh dipertikaikan . Mutu pengadilan yang teruk(betol3 gaye upin ipin! hehe.)
nur fatehah
~jasamu dikenang ben williams (* sarcastikus haha thumbs up bebeh! * )
amri
~mutu pengadilan seperti ini la menjadi punca kepada kurangnya kualiti sesuatu perlawanan. seharusnya pihak tuan rumah memandang masalah ini dengan serius tanpa memikirkan kelebihan ingin menang. (agree! )

2 ) Badminton tewas mengejut




2010/11/14

Chong Wei tewas kepada Boonsak, Malaysia kalah 2-3 kepada Thailand

SKUAD badminton negara diketuai jaguh perseorangan, Lee Chong Wei menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut kepada Thailand 3-2 dalam saingan suku akhir acara berpasukan di Gymnasium Tianhe, petang semalam.

Petanda bakal kalah sudah terbayang selepas pemain nombor satu dunia itu tunduk mengejut kepada Boonsak Ponsana 21-9, 10-21, 19-21, tetapi pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas menang mudah ke atas Prapakamol Sudket-Anugritayawon S 21-12, 21-13.

Hafiz Hashim bagaimanapun meletakkan skuad negara di ambang kemenangan dengan mengutip mata kedua menundukkan Saensomboonsuk T 14-21, 21-14, 21-18 tetapi pasangan muda, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong gagal mencari mata kemenangan apabila tewas kepada Jongjit Maneepong-Isara Bodin 23-21, 21-12, 21-16.
Pada kedudukan 2-2, fokus beralih kepada perseorangan ketiga dan Liew Daren jelas menghampakan apabila tunduk kepada Avihingsanon S 16-21, 16-21 membolehkan Thailand mara ke separuh akhir.

Kekalahan ini amat menyedihkan. Kita tak patut kalah, kata jurulatih, Misbun Sidek. Chong Wei tidak dapat beraksi baik kerana selesema. Kita terpaksa menurunkannya untuk mengutip mata. Apa pun, Boonsak jelas berada pada prestasi terbaik. Kita tidak jangka Hafiz berjaya membutirkan mata tetapi pemain muda nampak gugup dalam situasi genting. Apapun, ia pengalaman terbaik buat mereka.

3) Suryani akhiri kemarau 24 tahun

Tembakan kesembilan bawa tuah, pingat ini amat bermakna dalam hidup saya

KALI terakhir penembak negara meraih pingat di Sukan Asia adalah 24 tahun lalu. Tetapi, semalam Nur Suryani Mohamed Taibi mencipta bangga berjaya menamatkan kemarau itu dengan meraih gangsa dalam acara 10 meter air raifal individu di Lapang Sasar Aoti.

Kejayaan itu menjadikan Nur Suryani, 28, atlit pertama negara memenangi pingat di Sukan Asia Guangzhou 2010 dan melakar sejarah selaku penembak wanita pertama meraih pingat di pentas terbesar temasya Asia itu sejak New Delhi 1951.  

Pasukan skeet dianggotai Ally Ong, Edmond Yong, Stanley Lim dan Yap Pow Thong memenangi pingat pertama apabila meraih gangsa di Teheran 1974 dan Peter Lim memperbaiki catatan itu dengan membawa pulang perak acara trap di Seoul 1986.
Saya bersyukur atas pencapaian ini kerana cabaran di Guangzhou bukan mudah kerana terpaksa bersaing dengan jaguh dunia dan pemenang pingat Sukan Olimpik. Ia amat bermakna sepanjang kerjaya saya, kata pegawai tentera laut itu di Lapang Sasar Aoti.

Elemen tuah membantu Nur Suryani apabila berjaya memintas penembak China, Yu Dan pada tembakan kesembilan selepas bidikan penembak tuan rumah itu tersasar.

Kejayaan Nur Suryani itu juga menghalang penembak tuan rumah daripada mendominasi acara itu selepas dua penembaknya, Yi Siling yang juga pemegang rekod dunia meraih tempat pertama dengan mengumpul 504.9 mata dan Wu Liuxi di tangga kedua dengan 502.8 mata.

Begitupun, Nur Suryani yang bergandingan dengan Nur Ayuni Farhana dan Shahera Rahim Raja dalam acara 10 meter air raifal berpasukan sekadar menghuni tempat ke-13 daripada 15 pasukan bertanding.


sumber : berita harian

nota kaki : Good job Football team ! spirit tu yg penting kan? life mmg unfair..sbr je la kan..HUHU..
Sedih with Badminton team esp Datuk Lee Chong Wei,tp xpela...still support him, gagal sekali not means gagal selamenye kann? Die da slalu sgt mng, kdg2 mestila kene rase kalah gak kn...hope dun give up ! & congrats to Suryani gave us 1st medal !! =D













No comments: