Sunday, October 17, 2010

Pulun Kedah Pulun!=D

Alhamdulillah,my fav team,Kedah still on game.
Congrats & well done Kedah,u did an excellent job last night!
3-0! i love it..My Baddrol Bakhtiar =D
 meanwhile, i went to Stadium Darul Makmur last night too.
with cousins (kak lang,abg man & fmly, and my brother,haziq)
HAVOC! happy moment~~

today,Sunday,as usual,went to Taman Gelora for aerobics & Pasar Tani with my beloved mom.=D
later, cousins will come for lunch at our house & help me with the room painting job.hehe
X? X still ignoring me..

Isn't it Ironic... We ignore who adores us. Adore who ignores us. Love who hurts us and Hurt who loves us.

it's somehow like a triangle.nevermind,I must redha..right TEEP?
Plus,there is a say that
When somebody disappears from your dimension, let them. They will reappear if there's a reason.
& never put too much hope in some one , because everyone is going to disappoint you .

i want to let go...but i just can't. i dunno why. but i wish everything will not be complicated like now.

opps.sorry TEEP (randomly about heart stuff)

back to football! hehe.
below is the statement for last night match. =D
source:astro arena website

ALOR STAR, (D5 Sports) - Kedah menempah tempat ke separuh akhir untuk bertemu Kelantan selepas berjaya melepasi halangan Terengganu 3-0 dalam pertemua suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman.

Kedah bermula dengan baik sejak dari awal permainan untuk mempertahankan kelebihan selepas seri 2-2 di Kuala Terengganu.

Sang Kenari sepatutnya mendahului lawan sebanyak dua kali namun ketangkasan Mohd Shabinee Allawee Ramli berjaya menepis sepakan penjuru Badrol Bakhtiar.

Tiga minit kemudian Shabinee sekali lagi diuji dan dia mengeluarkan sepakan percuma Badrol.

Kedah terus mengatuskan serangan untuk menjadikan kedudukan lebih selesa yang menyaksikan cubaan Md Sabre Md Abu sedikit tersasar.

Sang Penyu mula menemui rentak dan Abdul Manaf Mamat kemudian mencemaskan tuan rumah pada minit ke-28 dengan gerakan mengelirukan, Penyerang itu memusingkan badannya untuk memperdayakan pertahanan yang mengawalnya sebelum melepaskan rembatan yang melepasi palang gol.

Ancaman sebenar skuad Pantai Timur itu hadir pada minit ke-38 apabila Md Ashaari Shamsuddin berjaya menggelecek dua pertahanan di penjuru tapi dikecewakan dengan sentuhan penyudahnya.

Badrol Bakhtiar meletakkan Kedah di depan pada minit ke-62 selepas dia dengam mudah menghulurkan kaki untuk menyambut lorongan Azmi Muslim di dalam kotak penalti.

Terengganu terpaksa menukar percaturan susulan kecederaan Md Sharbinee yang terpaksa digantikan dengan Md Shamirza.

Kesempatan itu disambar Md Sabre Md Abu untuk gol kedua Kedah enam minit kemudian apabila berjaya menanduk masuk hantaran lintang Badrol.

Khyril Muhymeen kemudian menambah derita lawan menerusi sepakan percumanya yang berjaya melepasi Sharmiza untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Namun kejayaan manis itu terjejas ekoran tindakan Khairul Helmi yang menyiku lawan pada minit ke-89 dan pengadil tiada sebab untuk melayangkan kad kunign kedua kepadanya.

Sang Kenari perlu menang di tempat sendiri untuk mengcerahkan peluangnya ke perlawanan akhir sebelum berkunjung ke Stadium Sultan Mohamed IV.

image : Para pemain Kedah meraikan kejayaan mereka mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas mengalahkan Terengganu 3-0 di Stadium Darul Aman.
Hopefully,they will win over kelantan this upcoming wednesday! Chaiyok,sayaaaang hijaukuning.
have a nice weekend,everyone.
Wassalam~~

No comments: